- Kisah ini adalah kejadian sebenar yang berlaku ke atas diri saya sendiri dalam 1972. Ketika itu, saya dan suami saya, yang baru seminggu mendirikan rumahtangga, tinggal disebuah rumah kampung di Jalan Sawi.
Pada suatu malam khamis, kira kira 9 malam, saya masuk ke bilik tidur untuk menyimpan dompet wang saya yang diletakkan di ruang tamu selepas balik dari pasar pagi tadi.
Didalam bilik itu, saya melihat suami saya sedang duduk di lantai yang bertepikan katil sambil membaca suratkhabar. Biasanya saya jarang sekali mengganggu atau berkata sesuatu apabils suami saya sedang asyik membaca. Jadi, saya pun tidak menghiraukan langsung akan suami saya itu dan kemudian saya keluar semula ke bilik mandi.
Sekembalinya ke bilik tidur kami, saya dapati suami saya sedang terbaring tidur diatas katil dengan memerangkan badannya ke arah bertentangan dengan pintu bilik itu.
Saya jugak tidak memperdulikannya dan membiarkan suami saya tidur kerana mungkin beliau ingin berehat kerana terlalu penat berkerja.
Sejurus kemudian, saya keluar lagi dari bilik dan terus ke ruang tamu kerana hendak memastikan pintu sudah berkunci. Setelah itu say kembali ke bilik tidur.
Yang menghairankan, suami saya tiada lagi diatas katik itu. Saya serta merta menjadi seram. Walaupun saya cuba mencarinya dikeliling rumah, tetapi tidak berjumpa.
Saya cuba berfikir. Di mana agaknya suami saya berada? Fikiran saya buntu. Kemudian saya pergi semula ke ruang tamu dan duduk sendirian sambil tertanya tanya didalam hati yang kian risau.
Tiba tiba semacam perasan takut dan seram menyelubungi diri saya. Apa tidaknya - saya baru sedar bahawa hari itu suami saya berkerja dalam giliran petang. Beliau mula berkerja dari 3 petang sehingga 11 malam.
Jadi siapakah yang membaca suratkahbar dan terbaring diatas katil sya tadi? Saya terus bertambah takut dan merasa terlalu gelisah. Walaupun saya cuba menenangkan diri saya tetapi tidak berjaya.
Akhirnya saya pergi ke rumah jiran sebelah dan menceritakan segala kejadian tersebut kepadanya dan terus menumpang disitu sehinggalah kepulangan suani saya dari tempat kerjanya
Petikan Dari
Koleksi Cerita Seram - Whazzup-U.com