Kisah Benar Edisi Seram - Terjumpa Cik Langsuir Di Masjid Ubudiah
Kisah di berlaku di sekitar tahun 1996-97. Lama dah, tapi masih segar di ingatan, aku bersama rerakan bercadang nak memancing lampam di Sungai Perak. Sebenarnya sgt banyak port utk memancing lampam di sekitar bukit chandan, tapi kami semua bersetuju nak memancing di belakang masjid Ubudiah pasal sana sesuai untuk aktiviti memancing beramai-ramai. Walaupun dengar2 cerita tempat yg nak dituju agak keras. Tapi disebabkan ramai, dan musim lampam tgk rancak, hantu setan tolak tepi dulu... hehehe
Nak di jadikan cerita, dalam ramai2 tu, ada seorang yang last minit kensel, pasal ada hal peribadi. kami pun ramai2 mengutuk budak yg tak jadi pergi tu kononnya dia tu penakut la, anak emak la, memacam la kene kutuk budak yg tak jadi pergi tu.. hehehe...
Malam tu, dalam jam 9 kami bertolak kesana, semuanya bawak motor pasal kereta mmg tak muat. mana muat 8 orang naik kereta beb... hehehe...
Sampai je ke destinasi, kami semua kene turun melalui lereng bukit yang agak curam sebelum sampai ke tebing sungai yg berdataran. Lokasi sesuai untuk memancing. turun je di tepi tebing, tanpa banyak cerita, semua pasang jorang dah letak umpan. Umpan pulak pakai perut ayam yg dah peram 2-3 hari, dia punya bau... wow, hehehe... tapi apa nak buat, itu makanan peberet lampam. hehehe...kami semua duduk berbaris di tepi tebing sungai,
Masa terus berlalu, ikan lampam dah banyak naik kedarat. tapi aktiviti memancing diteruskan, ikan tgh main, takkan mau berenti kot..
tiba tiba.. jeng jeng jeng.....
plop ..!!! plopp...!!!
Bunyi air dilempar batu2 kecil. Mula2 kami semua tak endahkan bunyi air tu, sebab ingatkan bunyi air sungai berkocak, tapi lepas diperhatikan betul2, kami dapati bunyi itu terhasil dari batu yang dibaling kedalam sungai...
Pada mulanya, semua orang pakat2 buat tak tahu je dengan kejadian tersebut, tapi makin dibiarkan makin menjadi-jadi... yang herannya, kami semua duduk sebaris dan kami semua duduk dekat dgn tebing sungai, kalau nak diikutkan logik akal, takkan sorang pun yang tak kena baling dgn batu. power betul orang yang baling tu.
dan kami mulanya ingatkan orang yg baling batu itu adalah kawan kami yg tak jadi pergi, tak puas hati kene kutuk punya pasal, saja je datang senyap2 dan nak takutkan kami semua. jadi, semua orang pun bangun dan berjalan kearah lereng bukit untuk melihat samada ada tak orang menyorok kat situ. cari punya cari tak ada.
Ada la dua-tiga orang yang mulutnya mak babak dia tak ambil insuran dulu dah start maki hamun orang yg baling batu tu. hehehe... Hati memasing mula rasa tak sedap. kita orang pun patah balik ke tepi tebing dan duduk.Baru je letak punggung kat atas tanah,
Bedebab..!!!!
seketul batu sungai bersaiz lebih kurang bateri kereta jatuh betul2 dekat tempat kami berkumpul, besar bateri kereta beb, kalau kena kepala tak tau la.. terus semua bangun dah tengok ke tepi lereng, masa itulah kami nampak bebola api, sedang berpusing ligat betul2 di tepi tebing. aku pulak time tu dah tgk kira kanan, kalau sorang start lari.. aku pun lari jugak.. takkan nak tunggu kot.. tapi nak lari kemana, sungai? mana nak lari... tu yg terpacak je semua tu.. hahaha....
Nasib baik ada sorang yang agak brave, dia azan... elok jer dia melaungkan azan, bebola api tu terus berputar ligat dan..terus terbang melangkaui kepala kami semua menuju ke seberang sungai.... masa dia terbang atas kepala tu, semua otomatik meniarap atas tanah takut kene sambar, angin mmg kuat time tu dan kami memang nampak dia terbang menyeberang sungai perak menuju ke seberang...
Terus semua bangun packing barang pancing terus balik, yg kelakarnya, masa packing semua berlagak cool, masa nak naik lereng bukit, sekor2 kelam kabut nak naik dulu... hahahaha... dan yg paling tak bestnya, bila dah sampai ke motor, baru perasan yg ikan lampam tertinggal... hahaha... sorang pun tak berani nak patah balik amek...
sumber : carigold